Pada
Hari Akhir akan muncul kekacauan yang mengerikan. Menurut cendekiawan
Islam, Harun Yahya, Hari Akhir bererti 'masa terkini.'
'' Menurut kitab-kitab Islam, hal ini bererti sebuah tempoh masa yang dekat dengan Hari Kiamat,'' ujarnya.
Ia
menuturkan, pada hari akhir itu Allah akan memerintahkan seorang hamba
yang mempunyai akhlak yang mulia, yang dikenal sebagai Al Mahdi (pemberi
petunjuk ke arah kebenaran).
Imam
Mahdi itulah yana akan mengajak umat manusia kembali ke jalan yang
benar. Tugas pertama Al Mahdi adalah mengobarkanperang pemikiran di
dalam dunia Islam dan mengembalikan umat Muslin yang telah jauh dari
intipati Islam sejati, menuju iman dan akhlak sesungguhnya.
'' Dalam hal ini, Al Mahdi mempunyai tiga tugas asas,'' ujar Harun Yahya. Berikut ini ketiga tugas Imam Mahdi itu:
1. Menghancurkan seluruh sistem falsafah yang mengingkari kewujudan Allah SWT.
2.
Memerangi khurafat dengan membebaskan Islam penindasan orang-orang
munafik yang telah menyimpangkan agama, dan kemudian mengungkap dan
melaksanakan akhlak Islam sejati yang berdasarkan pada aturan Al-Quran.
3.
Memperkuat seluruh dunia Islam, baik secara politik mahupun sosial, dan
kemudian mengembangkan keamanan, keselamatan, dan kesejahteraan serta
menyelesaikan pelbagai masalah kemasyarakatan.
''
Menurut sejumlah besar hadis, Nabi 'Isa AS akan turun ke bumi pada
waktu bersamaan dan akan menyeru seluruh penganut Kristian dan Yahudi,
khususnya, untuk meninggalkan pelbagai kepercayaan tahyul yang diyakini
oleh mereka pada saat ini dan hidup menurut Al-Quran,'' papar Harun
Yahya.
Menurut
dia, ketika penganut Kristian telah mendengarkannya, umat Islam dan
Kristian akan bersama di bawah satu keimanan dan dunia ini akan
menghadapi zaman keamanan, keselamatan, kebahagian, dan kesejahteraan
yang terbesar yang dikenali sebagai Masa Keemasan.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !