> Telefon Dengan Skrin Fleksibel Akan Diperkenalkan Samsung Pada Tahun 2013 - Rafly Yogaswara
Headlines News :

Stastik

Pengikut

Ayat Al-qur'an

Home » , , , » Telefon Dengan Skrin Fleksibel Akan Diperkenalkan Samsung Pada Tahun 2013

Telefon Dengan Skrin Fleksibel Akan Diperkenalkan Samsung Pada Tahun 2013

Written By Unknown on Thursday, December 6, 2012 | 1:36 AM


Samsung kini mengorak langkah lebih ke hadapan dengan mengeluarkan peranti yang berteknologi tinggi  yang mana ia mempunyai ciri – ciri skrin yang fleksibel. Anda boleh bengkokkan, lenturkan dan gulungkan seperti yang anda boleh lakukan pada sekeping kertas. Sekiranya anda masih ingat, kami pernah melaporkan video demo skrin AMOLED lutsinar dan fleksibel sebelum ini.
Menurut BBC News, peranti ini dijangkakan akan diperkenalkan pada pertengahan tahun 2013. Sebenarnya, kajian terhadap peranti seperti ini bukan hanya dipelopori oleh Samsung sahaja, namun telah banyak syarikat seperti LG, Philips, Sharp, Sony dan juga Nokia sedang giat berusaha untuk menghasilkannya. Namun, Samsung mahu menjadi syarikat pertama yang mengeluarkan peranti tersebut.
Gambar dari BBC News
Konsep dan idea untuk menjadikan alat elektronik yang fleksibel atau boleh lentur ini telah diperkatakan sejak tahun 1960 lagi dengan kemunculan panel solar boleh lentur pertama di dunia. Sejak dari itu, pelbagai kajian telah dibuat untuk menjadikan alat elektronik lain bersifat flesibel termasuklah skrin paparan. Philips merupakan syarikat pertama yang telah membuat demostrasi skrin yang boleh digulung pada tahun 2005.
Menurut BBC News juga, Samsung dijangka akan menggunakan teknologi ciptaan mereka sendiri iaitu teknologi OLED (Organic Light Emitting Diode) di dalam skrin fleksibel yag dibangunkan mereka. Seperti yang kita ketahui, produk keluaran Samsung sememangnya terkenal dengan teknologi skrin OLED seperti skrin AMOLED.
Nokia Morph – Idea Telefon Pintar Fleksibel dari Nokia (Gambar dari BBC News)
Kami di Mytetikus tidak sabar menunggu pelancarannya kerana teknologi yang membolehkan skrin boleh dibengkok, dilentur dan digulung ini adalah sesuatu yang sangat menarik. Namun persoalannya ialah, adakah Samsung akan mengeluarkan telefon yang boleh dibengkok sepenuhnya atau hanya pada skrin sahaja? Ini kerana, buat masa ini, belum ada bateri, pemprosesan dan alat-alat eletronik yang boleh dibengkok.

Sumber
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Like This Yaaa

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Rafly Yogaswara - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Rafly Yogaswara